tak payah nak bajet ini entri jiwang chen chen chenta, chen chen chenta kamu ok.
perkataan ke1. 'ok' atau 'k' adalah satu perkataan yang paling pendek yang boleh kita semua guna dalam mesej. sebenarnya perkataan itu selalu digunakan bila :
1. dah tak tau nak reply apa/ tak ada menda nak sembang
2. malas nak layan dah
3. emo
4. ego [[merujuk pada vain kan semah? hehe]]
5. dll
6. busy
7. tersend, act mesej tak habis type lagi. pon boleyhhh
8. nak akhiri perbualan
dan actuallynya aku tidak suka orang reply kat aku ok saja. tapi aku pon buat kat orang macam itu. hahaha biasalah tu. kita tak suka tapi kita juga buat tanpa sedar. jangan nak deny it bebeh.
so kalau nak akhiri perbualan katakanlah ok babai ke. ok selamat istirehat ke. ok selamat malam ke. ok wassalam ke. ikot kekreatifan anda k? sebab mungkin orang disana ingat anda bukan nak akhiri mesej lagi. tapi anda mungkin tak ada idea nak reply atau ego atau emo. jadi mereka akan tertunggu2 dan tertampi2. huhu
perkataan ke2 dan ke3. 'terima kasih' dan 'sorry'. aku paling suka dua perkataan ini. hati aku akan lembut bila dengar 2 perkataan ini. dan hati aku akan jadi berang bila tak dengar perkataan ini bila dimana kau patut sebut. bukan susah, tapi aku tak tahu kenapa kau tak sebut bila aku dah tolong. bukan tak ikhlas tapi sebut jela bagi hatiku sedap sikit.
dan bila kau buat salah kau tak cakap sorry, ini lagi biadap. terpaksa aku bukak 9gag.com nak tenangkan hati. ok sepatutnya buka Al-Quran. tapi perempuan kan. kadang2 kau paham sendiri la ;p.
ok itu saja pasal 3 kata. hahaha OK TQ dan SR. ok suka hati shortform sorry jadi SR.
lagi satu perkara random, aku paling annoying tengok video orang perempuan freehair, lepas itu dia asyek betolkan rambut dia yang depan itu, dan rambut panjang kibarkan kebelakang. laen kali sepit la rambut tu. tak fokus aku asek tengok kau main rambut. tengok aku suka emo tak tentu pasal. habis ada satu vlog aku yang asek betulkan selendang tu boleh pula kan. hahaha biasalah tu. kita tak suka tapi kita juga buat tanpa sedar. jangan nak deny it bebeh2.
ini entri yang sangat suka2 hati nak update. saja nak update. tak boleh kah? hurm aku rasa nak buat satu channel youtube yang mencheritakan pengalaman aku di SSP. aku semakin meningkat dewasa. aku tak mahu lupakan kenangan2 time aku di SSP yang berharga itu.[[jiwangs nyah]]. kalau aku tak rekod sekarang pasti aku akan lupa seperti mana aku lupa kisah hidupku semasa 1-5 tahun, pabila aku mencapai 6 tahun. ;p
ah sudahlah kau. akhiri entri ini lekas. ada orang sudah menyampah mahu baca.

ni orang ke arang? wahahaha. walaupon di ssp muka dah macam mapley, [[tak kesah pon sebab bukan ada teruna untuk digoda]] tapi ini antara pengalaman hidup aku yang paling best dan berharga. haaa sure korang SSPsick kan sekarang?
so amacam? ok kan aku buat channel hidup di SSP? [[konon2 tanya sebab nak orang komen letteww. tapi ntah bila nak buat ntah. heheh]]
sila lihat dan beri pendapat.
p/s: korang boikot coke!bukan baik untuk kesihatan pon. tengok link tu dia buat apa. haish.
k...
ReplyDelete-bella-
hahahahaha. hanj kau..
ReplyDelete