Sunday, December 4, 2011

barang lama hai harus dikenang. antik dan stylo tu~

[[ops sori entri kali ini macam lebih seswai untuk ladies saja, so guyss tanak baca pon tak apa. haaa boleh la suruh aweks2 kau orang baca. ahaks. motif ahaks?]]

kadang2 tak boleh juga nak dengar cakap p.ramlee -''barang yang lama hai jangan dikenang, kalau dikenang meranalah diri''.- wlopon dia salah sorang artis faveret aku. sebab apa aku cakap ini macam, kerana ada barang lama yang kau boleh kitar semulakan. ok sila baca perenggan seterusnya ini dengan nada iklan promot jamu kechantekan khannn.

"anda kekurangan wang untuk beli baju? baju yang anda pakai nampak bosan dan selalu diguna. tudung bawal anda dah jarang dipakai? selendang anda bersepah2 dah tak pakai? cardigan anda tak cukup gaya? worry no more ladies! mari kita guna pakai dan jadikan barang lama satu benda baru dengan melihat vlog ini."

ngeh ngeh ngeh. jangan mara aaaa. saja2 nak share idea hampesss. boleh kan? kalau tak boleh sori lerrrr. nyampess. sori aku tak tau apsal bila upload kat utube je video aku macam cd rosak. jangan la sabotaj utube oiii. tau la vid aku xramai pon view.

video 2 minit tepat tu. lagi cepat habis lagi best kan. tak ada lah berdebar2. hahaha bajet~

[[video ini dibuat semasa konsert moA suju datang aku takboleh pergi. sedih. tu lagu background suju. dan nak bagi masa cepat berlalu taknak rasa sedih buatlah kerja tak ada kerja ini.]]

haaaa amacam mesti tak ada seorang wanita pon mahu ikotkan. mesti kau risau boipren kau lari kan? nape dia nak lari? dia athlete erk? tapi kau bayangkan lah weh, tudung bawal dan shawl kita yang dulu2 itu boleh buat baju, banyak kot baju and cardigan colar lain2 boleh dapat. jimat2. ok aku semua nak fikir jimat sekarang sebab kekasihku eksiden :-( tapi tudung bawal yang tak jarang dan ada corak lagi better kot buat baju.

ala apa2 pon kau pakai biarlah sedap mata memandang k. sedap means sopan la bukan sedap dari sudut lelaki mata keranjang.

sila lihat dan beri pendapat.

p/s: credits tu kak michelle phan. aku suka minah ini, sangat merendah diri. subcribe ler dia kalau ada masa.


2 comments: